Powered By Blogger

Thursday 26 July 2012

MODUL PEMBELAJARAN ALIRAN VOKASIONAL BAGI KURSUS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK TERDIRI DARIPADA DUA BAHAGIAN :

1) Prinsip Elektrik dan Elektronik

PRINSIP ELEKTRIK & ELEKTRONIKSinopsis
Mata pelajaran Elektrik dan Elektronik merupakan pengabung jalinan antara bidang Elektrik dan Elektronik yang berteraskan teknologi dan memberi penekanan yang lebih kepada pembelajaran praktikal. Ia menyediakan pengetahuan teori dan amali dalam bidang Teknologi Elektrik dan Elektronik. Selain dari mengikuti topik berkaitan dengan bidang Elektrik dan Elektronik, murid akan dilengkapkan dengan kemahiran penting yang lain melalui topik seperti keselamatan, keusahawanan dan pengurusan.
Topik-topik Elektrik merangkumi asas elektrik, kaedah penjanaan bekalan kuasa,pemasangan dan pendawaian elektrik satu fasa, pengendalian dan kawalan motor elektrik.
Topik-topik Elektronik pula merangkumi asas elektronik, pengujian dan pengawalan, asas sistem berdigit dan asas sistem perhubungan.
Kursus ini dibahagikan kepada dua mata pelajaran, iaitu Prinsip Elektrik dan Elektronik serta Aplikasi Elektrik dan Elektronik. Kedua-dua mata pelajaran ini diajar berpandukan Modul Pembelajaran yang disediakan oleh Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional (BPTV), Kementerian Pelajaran Malaysia. Murid dilatih menggunakan kaedah Competency Base Training Education (CBTE), di mana murid dinilai tahap kompetensinya secara berterusan berasaskan kriteria yang ditetapkan melalui Modul Pentaksiran yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Lembaga Peperiksaan akan mengeluarkan dua jenis sijil, iaitu sijil SPM yang akan memaparkan gred mata pelajaran berkenaan dan satu sijil khas Modul Kompetensi yang telah dicapai oleh murid.
 Objektif :
  1. Mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan bengkel.
  2. Mengetahui, memahami dan mengaplikasi prinsip, hukum, formula, terminologi, proses dan prosedur dalam kejuruteraan elektrik dan elektronik.
  3. Mengenal pasti, mengguna dan menyenggara alat pengukuran dan pengujian dan elektronik.
  4. Memahami, membina dan menguji litar elektrik dan elektronik berpandukan perincian yang diberikan.
  5. Mengetahui dan memahami asas sistem berdigit dan aplikasinya.
  6. Mengguna peralatan lukisan, membina dan membuat lukisan geometri.
Sukatan Pelajaran
MODUL 1 : TENAGA ELEKTRIK, PENGALIR DAN PENEBAT 
Modul ini mendedahkan murid kepada kaedah penghasilan tenaga elektrik ; jenis-jenis bekalan elektrik ; penyambungan sel ; pengalir dan penebat ; rintangan pengalir dan penggunaan alat ujian dan alat ukuran.
Murid dinilai kompetensinya menggunakan osiloskop untuk memaparkan bentuk gelombang ; menggunakan meter pelbagai untuk mengukur arus, voltan dan rintangan ; menyambung sel secara siri, selari dan siri-selari dan mengukur bacaan voltan.
 
MODUL 2 : KOMPONEN PASIF
Modul ini mendedahkan murid lepada pembinaan litar ; mengesan kerosakan ; mengganti komponen-komponen pasif dalam litar elektrik.
Murid dinilai kompetensinya untuk menentukan nilai perintang, pearuh dan pemuat berdasarkan fizikal komponen mengukur perintang, pearuh dan pemuat menggunakan alat uji ; mengesan serta menentukan jenis kerosakan.
MODUL 3 : LITAR ELEKTRIK

Modul ini mendedahkan murid kepada kemahiran membina litar siri, selari dan siri-selari  teknik mempateri; menghitung kuantiti elektrik ; menggunakan Hukum Ohm dan Hukum Kirchoff dalam litar siri, selari dan siri-selari; menggunakan meter pelbagai.
Murid dinilai kompetensinya dalam membuat lakaran dan sambungan perintang secara siri, selari dan siri-selari; memateri perintang secara siri-selari pada papan jalur.
MODUL 4 : KEELEKTROMAGNETAN DAN PENGUBAH
Modul ini mendedahkan murid kepada konsep kemagnetan dan keelektromagnetan; prinsip kendalian; menghitung nisbah pengubahan ; jenis dan pengujian pengubah dengan menggunakan penguji keterusan dan penebatan
Murid dinilai kompetensinya membuat ujian keterusan dan penebatan pengubah; mengesan kerosakan pengubah.

MODUL 5 : LITAR AC ASAS
Modul ini mendedahkan murid kepada penghasilan AC; penentuan kuantiti-kuantiti elektrik dan pembinaan litar RLC.
Murid dinilai kompetensinya dalam mengukur dan melakar gelombang AU; melakar dan menyambung litar pearuh dan pemuat tulen ; menyambung dan melakar gambar rajah vector litar RLC siri.
MODUL 6 : DIOD SEPARUH PENGALIR

Modul ini mendedahkan murid kepada teori asas komponen separuh pengalir; operasi dan aplikasi diod.
Murid dinilai kompetensinya dalam menguji untuk menentukan elemen-elemen diod dan transistor; menghasilkan pendawaian dan pematerian yang kemas pada litar; menguji kefungsian litar; mengesan dan membaiki kerosakan pada litar.
MODUL 7 : TRANSISTOR DWI KUTUB
Modul ini memberi pendedahan murid kepada struktur binaan; cara mempincang; bentuk fizikal, kaedah menguji dan mengaplikasikan transistor dalam litar; penghitungan mudah IE,IC dan IB.
Murid dinilai kompetensinya dalam menentukan elemen-elemen transistor, menguji kefungsian transistor, menentukan pincang hadapan dan balikan, menguji dan mengesan kerosakan.
MODUL 8: LAIN-LAIN KOMPONEN SEPARUH PENGALIR
Modul ini mendedahkan murid kepada simbol; bentuk fizikal; kaedah penyambungan; kaedah menguji; kaedah mengesan kerosakan dan penggantian komponen dan kegunaan lain-lain komponen-komponen separuh pengalir.
MODUL 9 : KUASA AC
Modul ini memberi pengetahuan mengenai faktor kuasa; hubungkait rintangan, aruhan dan kemuatan dalam litar AC; kemahiran menyambung meter untuk mengukur kuasa dan faktor kuasa; penghitungan kuasa dan faktor kuasa.
Murid dinilai kompetensinya melakar litar dan mengukur kuasa; membaiki faktor kuasa menggunakan pemuat.
MODUL 10 : LITAR 3 FASA
Modul ini mendedahkan murid kepada kaedah penyambungan beban 3 fasa dalam bintang dan delta; menyambung meter untuk pengukuran arus, voltan, kuasa dan faktor kuasa; penghitungan arus, voltan, kuasa dan faktor kuasa.
Murid dinilai kompetensinya membuat sambungan bintang; membuat sambungan delta; mengukur voltan, arus dan kuasa.
MODUL 11 : SISTEM NOMBOR DAN GET-GET LOGIK
Modul ini mendedahkan murid kepada konsep sistem berdigit; sistem penomboran; get-get logik asas litar bersepadu; litar logik pemasaan dan pemapar berdigit.
Murid dinilai kompetensinya menyambung dan menguji isyarat keluaran get-get DAN, ATAU, TAK DAN, TAK ATAU dan melengkapkan jadual kebenaran; mereka bentuk litar, membina litar dan menguji litar logik kombinasi serta melengkapkan jadual kebenaran.
MODUL 12 : OPERASI BOOLEAN DAN LOGIK BERJUJUKAN
Modul ini mendedahkan murid kepada konsep asas Teorem Algebra Boolean; membina jadual kebenaran; ungkapan logik dari jadual kebenaran; melukis simbol blok; litar logik yang melibatkan elemen pemasangan flip flop; kendalian litar logik.
MODUL 13 : LUKISAN GEOMETRI
Modul ini mendedahkan murid kepada penggunaan peralatan lukisan; penghurufan dan pendimensian; membina garisan dan sudut; membina dan menggunakan skala; membina segi tiga, poligon sekata, tangen dan bulatan dan elips; membuat lukisan geometri, ortografik dan isometri.
Murid dinilai kompetensinya melukis garisan dengan menggunakan pelbagai alat lukisan dengan betul; membuat penghurufan, mendimensi, garisan dan kejurupelanan; membina garisan dan sudut; membina dan menggunakan skala; membina segitiga, poligon sekata, elips, tangen dan bulatan; membina segitiga, poligon sekata, elips, tangen dan bulatan; melukis unjuran ortografik; melukis lukisan isometri.

2) Aplikasi Elektrik dan Elektronik

APLIKASI ELEKTRIK & ELEKTRONIK
Sinopsis
Kursus ini dibahagikan kepada dua mata pelajaran, iaitu Prinsip Elektrik dan Elektronik serta Aplikasi Elektrik dan Elektronik. Kedua-dua mata pelajaran ini diajar berpandukan Modul Pembelajaran yang disediakan oleh Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional (BPTV), Kementerian Pelajaran Malaysia. Murid dilatih menggunakan kaedah Competency Base Training Education (CBTE), di mana murid dinilai tahap kompetensinya secara berterusan berasaskan kriteria yang ditetapkan melalui Modul Pentaksiran yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Lembaga Peperiksaan akan mengeluarkan dua jenis sijil, iaitu sijil SPM yang akan memaparkan gred mata pelajaran berkenaan dan satu sijil khas Modul Kompetensi yang telah dicapai oleh murid.
Mata pelajaran Elektrik dan Elektronik merupakan pengabung jalinan antara bidang Elektrik dan Elektronik yang berteraskan teknologi dan memberi penekanan yang lebih kepada pembelajaran praktikal. Ia menyediakan pengetahuan teori dan amali dalam bidang Teknologi Elektrik dan Elektronik. Selain dari mengikuti topik berkaitan dengan bidang Elektrik dan Elektronik, murid akan dilengkapkan dengan kemahiran penting yang lain melalui topik seperti keselamatan, keusahawanan dan pengurusan.
Objektif :
  1. Mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan bengkel dan peraturan STM / IEE.
  2. Memahami kaedah dan membuat kerja pemasangan elektrik fasa tunggal domestik dan industri.
  3. Memahami ciri, fungsi, penggunaan dan penyenggaraan alat kelengkapan, alat pengukuran dan alat pengujian elektrik dan elektronik.
  4. Membina dan menguji litar elektrik dan elektronik berpandukan perincian yang diberi.
  5. Mengesan dan membaiki kerosakan litar elektronik, penerima radio AM, FM dan penerima TV warna.
  6. Memasang dan mendawai pemula, motor elektrik dan komponen-komponen kawalan magnetik.
  7. Mengaturcara mudah PLC untuk mengawal motor elektrik.
  8. Membaca, melukis dan mentafsir lukisan elektrik dan elektronik.
  9. Mengenal pasti ciri-ciri dan peranan usahawan, agensi yang dapat membantu usahawan serta mematuhi prosedur penubuhan perniagaan dan seterusnya menyediakan rancangan perniagaan yang mudah berkaitan dengan kursus elektrik & elektronik yang dipelajari dalam usaha melahirkan usahawan.

Sukatan Pelajaran :
MODUL 1 : PENCAHAYAAN
Topik-topik Elektrik merangkumi asas elektrik, kaedah penjanaan bekalan kuasa,pemasangan dan pendawaian elektrik satu fasa, pengendalian dan kawalan motor elektrik. 
Topik-topik Elektronik pula merangkumi asas elektronik, pengujian dan pengawalan, asas sistem berdigit dan asas sistem perhubungan.
Modul ini memberi pendedahan dan melengkapkan pengetahuan murid dengan binaan; kendalian; pemasangan lampu pijar dan lampu nyahcas jenis pendarfluor, wap raksa dan wap sodium; mengesan dan membaiki kerosakan.
Murid dinilai kompetensinya mendawai lampu pendarfluor tiub tunggal; mendawai lampu pendarfluor tiub kembar; mendawai lampu wap sodium atau wap raksa.
MODUL 2 : PEMASANGAN ELEKTRIK 1 FASA
Modul ini dibina untuk memberi pendedahan bagaimana membuat pendawaian dan pemasangan elektrik 1 fasa dengan kaedah yang betul serta mematuhi semua peraturan elektrik STM / IEE; menyediakan senarai dan jadual peralatan; bahan dan menjalankan semua ujian yang berkaitan.
Murid dinilai kompetensinya mendawai memasang suis satu hala; mendawai dan memasang suis dua hala; mendawai dan memasang soket litar jejari dan litar gelang.
MODUL 3 : PENJANA DC
Modul ini mendedahkan murid kepada prinsip dan Hukum Tangan Kanan Fleming; bahagian-bahagian penjana; penyambungan penjana untuk membekal arus elektrik kepada beban; pengunaan alat-alat ujian untuk mengenal pasti kerosakan elektrikal dan membaikinya.
Murid dinilai kompetensinya menyambung dan mengendali penjana DC siri; menyambung dan mengendali penjana DC pirau
MODUL 4 : BEKALAN KUASA DC
Modul ini membolehkan murid membina unit bekalan kuasa DC teratur boleh laras dan bagaimana unit itu berfungsi.
Murid dinilai kompetensinya membina projek asas pada papan jalur; menguji dan mengesan kerosakan; membaik pulih kerosakan.

MODUL 5 : PENGAYUN
Modul ini mendedahkan murid kepada fungsi pengayun sebagai penjana isyarat AC; jenis-jenis litar pengayun; kendalian pengayun; menyambung, menguji dan mengesan kerosakan litar pengayun pemberbilang getar.
MODUL 6 : PENGUAT
Modul ini memperkenalkan fungsi litar dan kendalian penguat audio; membina; menyambung; menguji dan mengesan kerosakan litar penguat audio.
Murid dinilai kompetensinya dalam proses mereka bentuk jalur litar tercetak; membina projek papan litar; menguji keterusan kompenan; menguji dan mengesan kerosakan litar; membaik pulih kerosakan.
MODUL 7 : PENERIMA RADIO
Modul ini mendedahkan teori-teori penerima radio AM dan FM; mengesan kerosakan; mengganti kompenan yang rosak dalam penerima radio AM dan FM.
Murid dinilai kompetensinya dalam proses menguji dan megesan kerosakan bahagian bekalan kuasa, audio dan frekuensi pertengahan.
MODUL 8 : PENERIMA TV
Modul ini memperkenalkan prinsip teori penerima TV warna; mengesan kerosakan; mengganti kompenan yang rosak dalam penerima TV warna.
Murid dinilai kompetensinya dalam proses menguji dan megesan kerosakan bahagian bekalan kuasa, bahagian tegak, bahgian warna, bahagian frekuensi pertengahan video.
MODUL 9 : PENJANA AC
Modul ini bertujuan melengkapkan murid dengan pengetahuan asas mengenai penjana AC 1 fasa dan 3 fasa; pengujian; penyambungan; pengendalian penjana untuk membekalkan arus kepada beban.
Murid dinilai kompetensinya dalam kerja menyambung, mengenadali dan mengawal penjana AC satu fasa dan tiga fasa.
MODUL 10 : MOTOR DC
Modul ini mendedahkan murid kepada prinsip asas motor dc; jenis-jenis motor dan litarnya. Penekanan diberikan kepada aspek-aspek pengujian; penyambungan; pengendalian dan membaik pulih kerosakan elektrik.
Murid dinilai kompetensinya dalam kerja menyambung motor DC siri dan motor DC pirau; menukar arah putaran motor DC siri dan motor Dc pirau
MODUL 11 : MOTOR AC
Modul ini bertujuan mendedahkan murid kepada jenis-jenis litar dan sambungan motor 1 fasa dan 3 fasa. Penekanan diberikan kepada aspek-aspek pengujian; penyambungan; pengendalian dan membaik pilih kerosakan elektrikal
Murid dinilai kompetensinya dalam kerja menyambung dan mengedali motor AC  1 fasa dan 3 fasa.
MODUL 12 : KAWALAN MOTOR
Modul ini mendedahkan murid kepada pelbagai jenis pemula motor ac dan dc; ciri-ciri pemula; prinsip kendalian pemula; pemasangan motor; pendawaian kompenan-kompenan magnetik dan PLC untuk kawalan motor serta peraturan-peraturan STM / IEE yang berkaitan. 
Murid dinilai kompetensinya dalam kerja mengawal motor DC; mengawal motor AC; kawalan PLC.
MODUL 13 : LUKISAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
Modul ini memberi pendedahan dan pengetahuan tentang kaedah melukis simbol-simbol kompenan elektrik dan elektronik; melukis skema pemasangan dan pendawaian elektrik; susunatur peralatan yang berkaitan; kaedah mentafsir dan memindahkan litar skema kepada papn tercetak dan sebagainya.
Murid dinilai kompetensinya dalam kerja melukis rajah litar skema dan rajah susun atur pendawaian 1 fasa dan 3 fasa; melukis simbol kompenan, litar skema dan litar bercetak.
MODUL 14 : KEUSAHAWANAN
Modul ini disusun supaya bersifat "hands-on" dan dinamik. Ia merangkumi empat unit Pengenalan Kepada Keusahawanan, Milikan Perniagaan, Pemasaran, dan Rancangan Perniagaan.
Murid dinilai kompetensinya dalam Penyediaan Perniagaan berasaskan produk / kawalan perkhidmatan dan Penyediaan Rancangan Kewangan Projek.
PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN
  • Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
  • Politeknik
  • Institut Latihan Perindustrian (ILP)
  • Institut Kemahiran Mara (IKM)
  • Kolej Komuniti
LALUAN KERJAYA 
  • Wireman
  • Mekanik Radio TV
  • Mekanik Mesin dan Peralatan

Carta Organisasi Kursus Elektrik dan Elektronik

                                                         PENGETUA
                                         TN.HJ.ABDUL AZIZ BIN OMAR   

 GPK1
TN.HJ.ROSLAN